Sarawak menang bergaya 2-0 ke atas Johor


Permainan paling ganas yang saya pernah saksikan sejak era gelap Ngap Sayot Sarawak. 

Dua layangan kad merah kepada pasukan Sarawak, 6 pemain Sarawak dikenakan kad kuning manakala 2 kad kuning untuk pemain Johor. Statistik yang cukup untuk mengambarkan betapa berat sebelah permainan petang tadi.

Kemenangan ini melonjakkan pasukan Sarawak ke tangga ke-2 liga di belakang PKNS dengan perbezaan sebanyak 3 mata. Gol pasukan Sarawak di hasilkan di separuh masa pertama melalui kapten pasukan Zamri Morshidi dan Wong Sai Kong.

Layangan kad merah pula dilayangkan kepada Azizan Saperi & Bobby Gonzales.