Preview: Perak vs Sarawak


Ultracrocs KL roadtrip to Ipoh  :D 

Salam sejahtera Sayotters!~

I teringat masa masih student dolok aktif dengan Ultracrocs, asal ada game di sekitar Lembah Klang, Seremban or Ipoh pasti kmk orang ada. Masa ya team Sarawak sik lah kuat ney tapi semengat mesti ada <- ejaan disengajakan.

“The fans have been fantastic so far. I love the way they show their support for the team. It is good to see the Sarawak fans behave themselves and not get violent during matches. I am proud to see that some steps are being made to educate the crowd in how to show their support for the team. They create a wonderful atmosphere here at the State Stadium and I’m sure the players will be more motivated to go into each home match we play.” – Robert Alberts



Base on few matches before tok Perak ternyata unggul di Liga Super 2012. Antara team yang konsisten di dalam bolasepak Malaysia. Hotshot Akmal Rizal is back on form and ternyata sentuhannya masih berbisa walaupun sudah berusia 30 tahun. 

Akmal Rizal Rakhli



Perak begitu konsisten di laman sendiri dan setakat ini belum lagi tewas di stadium Ipoh.

Aplikasi ini dikemaskini secara automatik sepanjang perlawanan Liga Super 2012

Bagi pasukan Sarawak pula, masih di peringkat menyesuaikan diri dengan jadual perlawanan yang padat, tempo permainan yang pantas serta kejutan bermain dengan pemain import. 
Akan tetapi keputusan yang diperoleh setakat ini menunjukkan mereka mampu menyaingi pasukan yang lain tak kira di gelanggang lawan atau bermain di stadium negeri.
Pada perlawanan yang lepas menentang Negeri Sembilan, pemain-pemain Sarawak telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan berjaya mengikat N9 walaupun ketinggalan 2 kali. Keupaayaan pemain-pemain tempatan seperti Dzulazlan Ibrahim, Hairol Mokhtar, Shahran Samad, Asri Chu Chu serta Zamri Morshidi menjadi tunjang utama kepada pasukan.
Kelibat lincah Rasyid Aya juga harus dipuji. Beliau mengingatkan saya kepada legendary Nazry Yunos. Gerak body trick yang berkesan serta berani membuat gelecekan membuatkan beliau begitu berbahaya jika bola di kaki. 
Gandingan beliau dengan Dzuladzlan di sebelah kanan telah beberapa kali menghasilkan gol dan menunjukkan mereka adalah gandingan yang berbahaya. 
Zamri Morshidi pula akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama di saingan 2012. Bak katanya dah pecah telur sigek, banyak gik telur pakei dipecah nya kaktok =p Moga-moga gandingan beliau di hadapan sama ada Kalla Sone ataupun Muratovic menjadi! 
Akhir kata, Robert Albert adalah seorang jurulatih yang sangat berpengalaman. Relax tapi tegas. Player di harap ikut arahan, strategi yang dirangka. Selain itu di atas padang, judgement anda perlu tepat dan cepat. 
As for your info Perak vs Sarawak akan disiarkan secara langsung di RTM TV1. Menang match tok, confirm penuh lagik stadium Negeri lawan Felda United. Waima Man Utd vs Liverpool agik on the same day!
Ayuh Sarawak ibu pertiwiku!

Sila tinggalkan komen anda!