LionsXII vs Sarawak disyaki telah diatur


Perlawanan Liga Super antara LIONSXII dengan Sarawak Selasa lepas kini dalam siasatan kerana disyaki telah diatur.
Beberapa sumber memberitahu akhbar Today bahawa empat orang lelaki – dua warga Malaysia, seorang warga Singapura dan pengadil Liga Super Malaysia, Shukri Nor telah ditahan dan mereka mungkin akan didakwa secepat mungkin.
Keempat-empat mereka didapati telah mencuba untuk mengatur perlawanan di Stadium Jalan Besar antara LIONSXII dengan Sarawak di mana LIONSXII menang 3-0.
Akhbar Today melaporkan bahawa kesemua yang terlibat bukan pemain bola sepak yang masih bermain.
Pengadil, Shukri sebenarnya telah dijadualkan untuk mengadili perlawanan tersebut tetapi telah diganti dengan Mohd Tarmizi pada saat terakhir dan perkara itu tidak dimaklumkan.
“Pada mesyuarat pengurus pasukan, kami terkejut kerana pengadil yang sebenar tidak muncul,” kata jurulatih Sarawak, Robert Alberts.
“Saya akan membawa perkara ini kepada pihak atasan sebaik sahaja saya mendapat pengesahan dari Persatuan Bola Sepak Singapura, dan semestinya siasatan akan dijalankan. Tetapi kini masih awal untuk mengadili perkara ini,” tambah Alberts kepada Today.
Akhbar Today juga difahamkan bahawa beberapa perkara sedang diselesaikan sebelum hukuman dikenakan kepada keempat-empat mereka.
Ini merupakan berita terkini tentang perlawanan Liga Super yang dikatakan terlibat dengan pengaturan perlawanan, tetapi hanya dua perlawanan sebelum ini – kemenangan 1-0 dengan Sabah pada 21 Januari dan kemenangan 3-1 dengan Negeri Sembilan pada 11 Februari yang telah melibatkan pasukan LIONSXII.
Advertisements

Sila tinggalkan komen anda!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s