History Channel: Video Sarawak menewaskan Selangor Piala Sumbangsih 1998


Zaman kegemilangan Sarawak sebelum FAM menghentikan penggunaan pemain import =)
Goal Scored by: Ramos Sari (2 goal) & Alistair Edwards

Piala Sultan Ahmad Shah milik siapa?

KEHANGATAN aksi kembali lagi, lebih mendebarkan menerusi cabaran baru yang mengiringi perlawanan pembuka tirai Perdana Satu 1998 termasuk pertemuan Sumbangsih antara Sarawak dengan Selangor bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah, di Kuching, malam ini.
Musim ini ternyata banyak berubah, menyaksikan Perdana Satu terpaksa merelakan perpisahan empat pasukan, Melaka, Johor, Kelantan dan Terengganu yang beraksi dalam Perdana Dua sambil mengucapkan Selamat Datang kepada pasukan baru, Olimpik 2000.
Dengan tumpuan utama kepada perlawanan Sumbangsih, corak permainan lampau mungkin menjadi senjata dua pasukan, skuad Bumi Kenyalang dan ”Red Giants” dalam pertemuan, di Stadium Sarawak.
Tidak banyak perubahan dalam kesebelasan skuad Selangor, jurulatihnya tetap sama, Steve Wicks, kecuali kehadiran bekas pemain import Perlis, Alexander Freeman yang mengambil tempat Christoper Kiwomya serta pentadbiran baru di bawah pengurus Datuk Mokhtar Ahmad.
Begitu juga dengan Sarawak, masih dilatih oleh Alan Vest manakala Alistair Edwards dan Billy Bone turut disenaraikan semula, cuma David Evans yang mengalami kecederaan terpaksa digantikan Doug Ithier.
Walaupun kehilangan seorang lagi tonggak, penyerang ”lipas kudung,” Affendi Julaihi, Sarawak diselamatkan oleh pemain yang dilabel ”bernilai” RM9.95, Bobby Chua.