Sarawak melangkah ke Suku Akhir Piala FA


Sarawak melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA apabila mudah menewaskan saingan  Penang Waterboard. Kedua-dua gol dijaringkan oleh penyerang iaitu Bobby Gonzales & Azizan Baba pada setiap babak.

Gandingan Azizan Baba & Bobby Gonzales semakin menjadi bahagian serangan.

Robert Albert menurunkan Muhammad Zulfadly (Centre Back) untuk bergandingan dengan Hairol Mokhtar dan persembahannya begitu meyakinkan.. Bok kalak nangar player mudak cool main..

Sarawak mendapat jaringan pertama pada minit ke-31 melalui Azizan Baba. Gol berpunca dari gerakan sebelah kanan Shahrol Malek yang melorongkan through ball kepada Bobby Gonzales yang merembat kencang tapi ditampan oleh GK lawan.. Bola muntah di tap in oleh Azizan Baba.

Selepas itu Penang Waterboard jelas menguasai perlawanan dengan pemain Sarawak tampak keletihan.. Gap previous match rapat gilak..

Akan tetapi benteng pertahanan yang diketuai oleh Hairol Mokhtar berjaya menyerap asakan pasukan lawan terutamanya dari Mat Rock (ada striker penang rambut panjang).

Half Time: Sarawak 1-0 Penang Waterboard

Sarawak membuat pertukaran dengan memasukkan Ivano Babic untuk menggantikan Shahrol Malek. Ivano di arahkan bermain di posisi sayap kiri iaitu posisi asalnya di kelab lamak di Croatia nun marek.

Percaturan Robert Alberts menjadi apabila kepantasan Ivano memerangkap pertahanan lawan dan berjaya membuat crossing untuk disudahkan oleh goal-machine Bobby Gonzales..

Bobby Gonzales akhirnya menjaringkan gol selepas 4 perlawanan.. Photo Credit: Dunia Sukan Online

Sarawak lead 2-0 sehingga ke tamat perlawanan.

Man of the Match: Mafry Balang (Right Back)

Ivano Babic semakin pulih dari kecederaan dan ini melegakan penyokong Sarawak

  • ¬†Sarawak akan menentang Kelantan/PKNS. Untuk saingan suku akhir ada perlawanan timbal balik. Advantage buat kita sebab 1st match main away.