Sarawak berjaya kekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga


Sarawak terpaksa ‘bermandi peluh’ sebelum mengutip mata berharga selepas menang tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan (NS) Betaria pada aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, petang semalam.

Guy Bwele menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83

Walaupun lebih banyak menguasai permainan, pelawat hanya mampu menghasilkan jaringan kemenangan tujuh minit sebelum tamat perlawanan melalui Guy Bwele.

Terkejut dengan persembahan lawan yang sebelum ini dibelasah Sime Darby 0-6, Bujang Senang terpaksa berhempas pulas untuk menghasilkan jaringan, namun pergerakan penyerang Azizan Baba, Joseph Kalang Tie dan Guy Bwele gagal menghasilkan gol.

Peluang terbaik membuka jaringan hadir menerusi rembatan kencang Joseph Kalang m-54 tapi berjaya ditepis penjaga gol, Muhammad Khairul.

Mata berharga hanya mampu dikutip pada m-83 selepas Bwele menolak mudah bola ke dalam jaring susulan situasi kelam kabut dalam kotak penalti Betaria.

Jurulatih Sarawak, Robert Alberts mengaku pasukannya menghadapi tentangan sengit lawan sebelum berjaya menjaringkan gol.

Baginya, kejayaan meraih tiga mata amat bernilai terutama untuk menjarakkan kedudukan mata di pentas liga.

Katanya, lawan memiliki semangat juang tinggi dan hampir mengejutkan pasukannya namun benteng kukuh dibina berjaya menidakkan usaha tuan rumah.

“Kemenangan ini menguatkan azam kami memburu kemenangan apabila berdepan Johor, Jumaat ini,” tegasnya.

Keputusan Liga Perdana:

Betaria FC 0 – 1 Sarawak FA
SPA FC 1 – 2 Kedah
Sime Darby 5 – 1 Kuala Lumpur FA
Johor FA 2 – 1 PDRM FA
Perlis FA 1 – 1 UiTM FC
Sabah FA 1 – 2 Pos Malaysia

Advertisements

Sila tinggalkan komen anda!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s