History Channel: Pengiran Bala penjaring gol terpantas di Malaysia!


Pengiran Bala

Jika Usain Bolt dapat berlari 100 meter dalam tempoh 9.68 saat, 

Penyerang lagenda Sarawak iaitu Pangeran Bala lebih hebat. Beliau hanya memerlukan 7 saat untuk menjaringkan gol selepas kick-off! 

Kapten pasukan Sarawak pada era Ngap sayot dibawah kendalian jurulatih Awang Mahyan Awang Mohamad menjaringkan gol ketika menentang Pahang dalam kejohanan Piala Malaysia. 

Pengiran merupakan salah seorang jurulatih di Sarawak yang memiliki Lesen A dalam sijil kejurulatihan bersama-sama Abdul Wahet Uji, Mohd Mentali dan Lucas Kallang.

FAS boleh consider otai-otai di atas untuk mengendalikan skuad muda Sarawak secara berkumpulan pada masa akan datang.