Sarawak overcome Sime Darby to book Malaysia Cup semifinal berth


Final Score: Sarawak (3) vs (1) Sime Darby

Aggregate: Sarawak (3) – (1) Sime Darby

Goalscorer: 

Minit ke-4: Asrol Ibrahim (Sime Darby)

Minit 34, 55, 84 – Muamer “Hattrick” Salibasic

Assist: Junior Eldstal & Bobby Gonzales

Yellow Card: Zamri Morshidi, Guy Bwele, Joseph Kalang Tie,

Match Highlights:

Player Ratings:

Christian Abbiati

Sani Anuar  (Goalkeeper) – Rating: 7.5/10
Cubaan pertama Sime Darby berjaya menghasilkan gol. Dalam keadaan pemain belum menyesuaikan diri dalam keadaan padang basah dan licin. Selepas itu aksi Sani Anuar lebih tangkas menyelamatkan percubaan/crossing lawan.

Christian AbbiatiRamesh Lai (Left back)– Rating: 7.5/10

Ramesh sekali lagi membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk memperagakan aksi mantap. Malam tadi pengalaman beliau betul-betul teruji dengan larian pantas wing kanan Sime Darby malam semalam.

Christian AbbiatiRonny Harun (Centre Back) – Rating: 8/10

Centre back kental ini mengalami kecederaan serius di lutut kanan pada babak kedua. Sebelum itu gandingan mantap dengan Hairol Mokhtar berjaya menyerap crossing serta permainan bola tinggi dari jentera serangan lawan. 

Christian AbbiatiHairol Mokhtar (Centre Back– Rating: 8.5/10

Ketenangan Hairol Mokhtar malam tadi banyak membantu confident level bahagian midfield untuk lebih menumpukan perhatian kepada serangan. Banyak melakukan clean tackle dlm menyekat Sime Darby dari menghasilkan gol.

Christian AbbiatiMafry Balang (Right Back) – Rating: 7/10

Agak off-form malam tadi dengan beberapa kesilapan melakukan hantaran dengan rakan sepasukan. Juga melakukan unecessary takcle yang mungkin membawa padah kepada pasukan Sarawak. Walau apa pun, muka gaoknya menyebabkan Sime Darby jarang melakukan asakan di sebelah kanan. Ramesh patut blaja molah muka gaok juak next game :))

Christian AbbiatiZamri Morshidi (Right Wing) – 7/10

Gerakan lincah ZM33 berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan Sime Darby. Pada satu ketika di babak pertama hampir menjaringkan gol tapi terlewat beberapa saat menerkam crossing Joseph Kalang Tie. Menerima layangan kad kuning malam tadi.

Christian AbbiatiGuy Bwele (Center Midifield) – 7.5/10

General di atas padang malam tadi agak tenang. Kurang ngerepak mcm biasa. Kali dah maca blog tok (sapa ndak translate makei nya kah?). Banyak short pass between nya dengan Junior Eldstal. Persefahaman gitok penting di kala winger dah disekat pergerakan.

Christian AbbiatiJunior Eldstal (Centre Midfield) – 8.5/10

One of the best performance oleh Junior Eldstal. Endless run box to box display. One touch ability banyak membuka ruang kepada Bobby Gonzales untuk menghasilkan jaringan. Selain itu, almost 100% perebutan bola di udara dimenangi oleh Junior! Kemampuan nya di bahagian tengah semakin meyakinkan!

Christian AbbiatiJoseph Kalang Tie (Left Wing) – 7/10

Off form JKT malam tadik. Sik pasti setegal apa tapi mcm sik selesa bermain di padang basah. Mungkin khuatir dengan kecederaan akibat dengan padang licin. Walaupun mcm ya, quality crossing dengan corner kick still tip top!

Christian AbbiatiMuamer Salibasic (Man of the match) – 9/10

Get the ball and pass to him! Once again Muamer membuktikan kemampuan nya menjaringkan gol. Tahun 2013 both striker kita dah menjaringkan hatrik 2 kali. Tapi Bobby lebih hebat sebab deduak match nya score 4 gol. Diharap Muamer akan terus cemerlang dalam perlawanan menentang Pahang nanti.

Christian AbbiatiBobby Gonzales (Killer Machine) – 7.5/10

Pada perlawanan malam tadik Bobby dapat few chance depan gol tapi memang very unlucky malam tek. Cubaan nya dapat diselamatkan oleh penjaga gawang Sime Darby. Sikpa Bobby, lawan Pahang ko score 4 gol. Boleh bah kalau kau!

Subtitution:

  1. Ashri Chu Chu menggantikan Ronny Harun.
  2. Shahrol Saperi menggantikan Junior Eldstal
  3. Azizan Baba menggantikan Bobby Gonzales

Overall team performance: 8.5/10

Karakter sebenar mentaliti sebuah pasukan champion terserlah malam tadik. Jelas walaupun ketinggalan satu gol di awal minit ke-4 pemain Sarawak sik mudah gugup. Kembali fokus dengan hantaran kemas dan pendek. Asakan demi asakan akhirnya membuahkan hasil.

Dari segi taktikal memang jelas Sarawak memperbaiki gap between striker dengan midfielder seperti di perlawnanan pertama. Junior lebih banyak ke atas untuk membentuk diamond shape formation untuk memberikan umpanan berbahaya kepada bahagian serangan.

Bobby Gonzales berupaya melakukan beberapa percubaan tepat namun nasib tidak menyebelahinya

Tidak dinafikan sokongan berterusan peyokong Sarawak malam tadik banyak membantu fokus dan keazaman semua pemain Sarawak. Walaupun ketinggalan, sikda tindakan negatif dari penyokong. Dengan diketuai oleh GB13, suasana stadium gempak gempita dengan chanting semua penyokong Sarawak.

Kelibat bahagian winger malam tadi jelas berjaya disekat oleh pertahanan Sime Darby dengan corak closing game. Keadaaan itu bagaimananpun dari segi taktikal telah menyebabkan pertahanan Sime Darby membuka terlalu banyak ruang di bahagian tengah dan Sarawak telah menggunakan kesempatan itu untuk membuat asakan dari bahagian tengah.

Aksi JKT kurang menyerlah malam tadi

Zamri Morshidi – I believe I can Fly!

Muamer Salibasic dikawal ketat oleh bekas pertahanan Sarawak iaitu Yosri Dermajoo

Free flowing game. Malam tadik merupakan game paling banyak passing between player Sarawak sampei Sime Darby jarang-jarang polah attacking. Bak kata pakar taktikal, the best way to avoid opponent attack is on how good your team control the ball. 

Next game lawan Pahang. Ada masa 10 hari untuk player Sarawak mengembalikan kecergasan tip top. First game main away. Advantage untuk kita if berjaya menyekat atau melakarkan kemenangan di Stadium Darulmakmur pada 19/10/2013. Match tok confirmed live di Astro 801.

Man of the match: Muamer Salibasic. Jarang jumpa striker yang dapat stand-alone @ ngidup kedirik kata orang kita. Buktinya jaringan pertama merupakan gerakan solo dengan beat 3 defender dari tepi padang. Selain dari ya kederasan tendangan kaki kirinya juga terbukti melalui jaringan ke-2. If sepak ya sik kuat, bol ya sik membias laju ke arah pintu gol. Gol ketiga memang magic. Sik salah if kmk madah  ya antara jaringan tercantik pernah disaksikan. Angle tutup, kaki kirik.. Bagey peluru masok..

Another hattrick by Muamer Salibasic

Nota Ringkas:

  • Biasanya admin turun dalam jam 7:15 malam turun ke stadium. Tapi pabila sampei ke dalam stadium dah penuhhhhhh.. Bila tanyak orang sebelah kol brapa nya sampei.. Jam 4:30 kmk dah masok – kmk dari Bintulu! 

Ney ktk orang? Ada sitok sik??

  • Gelihati melihat aksi si maskot boyak. sebelum start gamenya lah paling famous olah dengan tariannya yang begitu mencuit hati. Semasa break second half, si boyak duak ekok berjalan ke ranto kmk orang agik tapi langsung terus sik dilayan orang. Oo tedah jaik ati nya sik dilalek orang.. Embak ati riso bah Mr Boyak.. Sorry!
  • Tifo Awang Mahyan – Tok bok nya agak kelam kabut kerana tali putus.. Sikpa next game pakei tali tebal and kuat agik.
  • Firdaus? Sik gine-gine…
  • Antara punca GK Sime Darby banyak bolos malam tadik adalah kerana masa sesi warm up, asal nya bolos kmk orang semua bersorak GOALLLLLLLL sampei coach nya sik berani nak nyepak kuat agik. Akibatnya, warm up session GK sik proper… Hehehe..
  • Selepas nyanyian lagu negaraku, kebiasaannya game akan start lepas ya tapi semua penyokong Sarawak berdiri tegak menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku sik peduli event protocol. Nyanyian tersebut meremangkan bulu roma dengan puluhan ribu orang menyanyikan dengan penuh semangat!
  • Last but not least, kawan admin yang balit ke KL tadik inform masa player Sime Darby lepak makan di area MarryBrown rah airport terkejut. Baruk ajak duduk sidak MarryBrown bukak lagu “Owhh Sarawak – GB13” kuat-kuat… Ya baruk, pikir udah abis di stadium.. Nak masok belon kenak lagik 🙂

GD

Photo Credit to Nizam Fansuri (Dunia Sukan Online)

Pemain-pemain Sarawak meraikan kemenangan bersama para penyokong setelah melakarkan kemenangan mengatasi Sime Darby di Stadium Negeri Sarawak. Sarawak mencatatkan kemenangan bergaya 3-1 untuk menempah tempat ke separuh akhir bertemu dengan Pahang DarulmakmurFoto: Nizam Hakim
Admin,
Hafizul Hakim B Mohamad Kerta
Advertisements

Sila tinggalkan komen anda!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s