Sarawak leng leng menewaskan Johor 3-2


Sarawak berjaya mengatasi Johor 3-2 dalam aksi yang sangat menghiburkan malam tadi. Stadium penuh macam biasa, Ultra Johor turut berkunjung ke Stadium Negeri.

Sarawak terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-7 melalui tandukan berpunca dari tendangan sudut Joseph Kalang.

Sarawak terus mengasak kubu pertahanan Johor dan akhirnya mendapat gol ke-2 pada minit ke-32 menerusi Azizan Baba apabila JKT yang melepasi perangkap offside membuat hantaran pendek depan gol. Cool finishing..

GOAAAALLLLL ke-2

Johor berjaya merapatkan jurang gol 6 minit kemudian menerusi Muriel Orlando apabila berlaku kelam kabut di depan pintu gol Sarawak.

Azizan Baba sekali lagi berjaya menjaringkan gol ke-3 Sarawak pada minit ke-78 yang membolehkan Sarawak menang selesa. Bagi saya ini merupakan antara jaringan tercantik apabila beliau merembat leret ke kanan gol lawan..

Percaturan Robert Alberts menjadi apabila menggandingkan Bobby Gonzales dengan Azizan Baba di bahagian serangan

Kelekaan barisan pertahanan Sarawak membawa padah apabila Johor menjaringkan gol ke-2 pada minit ke 88. Berpunca dari Bwele di bahagian kiri, back pass kepada Sani Anuar yang membuat clearance ke tengah padang. Gap yang luas antara midfield dan defender menyebabkan pemain Johor berjaya melepasi bahagian pertahanan Sarawak & menewaskan Sani Anuar untuk gol ke-2.

Sarawak berjaya mempertahankan kubu & akhirnya memberi kelegaan kepada penyokong setia dengan kemenangan yang sangat bermakna. Tahniah players, coach & management pasukan Sarawak.

Player Ratings:

Christian Abbiati

Sani Anuar (7/10)

Beberapa kali menyelamatkan cubaan 1 by 1 dan cubaan berbahaya Johor. Perlu lebih konsisten dalam membuat decision clear ball. 

Christian AbbiatiRamesh Lai (7/10)

Posisinya kerap kali di asak Rasyid Aya kerana beliau yang paling kecil dalam lineup defender. Pengalaman luas beliau sangat membantu apabila berjaya mengekang Rasyid Aya di sebelah kiri.

Christian AbbiatiRonny Harun (7/10)

Centre back kental ini berdepan dengan penyerang import Johor yang begitu baik di udara. Banyak membantu ketika perebutan bola di udara. Persefahaman dengan Hairol Mokhtar semakin bagus.

Christian AbbiatiHairol Mokhtar (7.5/10)

Seperti biasa  sangat cool. Berjaya membaca gerakan berbahaya lawan. Berjaya menjaringkan gol pada minit ke-7 berpunca dari tendangan sudut Joseph Kalang Tie.

Christian AbbiatiMafry Balang (7.5/10)

Seperti biasa  sangat cool. Gaya permainan yang agresif dan bengkeng nak dilepas menyebabkan Johor terpaksa menyerang melalui Rasyid Aya sahaja. Saya anggap beliau adalah Dahlan Matussin yang baru.

Christian AbbiatiAzizan Saperi (7/10)

Aksi beliau sangat cemerlang, lincah serta mempunyai skill yang tinggi. Aksi yang konsisten darinya menyebabkan kita lupa ketiadaan Ashri Chu Chu. Dikeluarkan pada babak ke-2 kerana mengalami kecederaan paha.

Christian AbbiatiGuy Bwele (7.5/10)

Jeneral di padang. Beberapa kali membuat clean tacle & akhirnya mendapat kad kuning bukan sebab tackle.. Sangat energetic, membantu bahagian pertahanan & serangan. Mun dapat sign up contract baru takut kenak ambik team lain.

Christian AbbiatiShahrol Saperi (7.5/10)

Saya melihat wataknya lebih kurang macam Mikel Arteta. Assist 3rd goal.. Banyak membuka ruang kepada winger untuk membuat serangan. Perlu improve volley dari luar box. Banyak shoot malam tadik tapi off target.

Christian AbbiatiJoseph Kalang Tie (8.5/10)

Man of the Match! Dua assist & cubaan terkena tiang. Sepakan sudut nya sangat berbahaya & berjaya menghasilkan gol. Setiap kali bola di kakinya menyebabkan 2-3 pemain Johor mengejarnya.

Christian AbbiatiAzizan Baba (8/10)

Duak gol oi! Susuk badan yang tinggi menyebabkan beliau menjadi Target Man pasukan Sarawak utk challenge bola di udara. Berjaya mengambil peluang ketika Bobby Gonzales dikawal ketat oleh pertahanan lawan.

Christian AbbiatiBobby Gonzales (7.5/10)

Berjaya membuka ruang kepada pemain lain untuk menghasilkan gol. Hampir menjaringkan gol malam tadi tapi di clear dari atas garisan gol oleh pertahanan lawan. Hebat menggelecek & bodytrick yang menyebabkan pertahanan lawan & penyokong sendiri terpedaya 😉

Subtitutes:

Christian AbbiatiMazwandi Zakeria (6.5/10)

Masuk di hujung saingan menggantikan Azizan Saperi yang cedera. Berjaya membantu defender di hujung match.

Christian AbbiatiShahrol Malek (6.5/10)

Perlu improve decision making sama ada hendak dribble, one two or  passing. Berpotensi menjadi winger licik seperti Ramos Sari.

Christian AbbiatiIvan Babic (6.5/10)

Aksi pertama sejak kembali dari kecederaan lutut. Semoga Ivan Babic dapat back in action seperti biasa.