Analisa prestasi pasukan Sarawak pada tahun 2010


Tahun 2010 merupakan tahun kebangkitan pasukan Sarawak. Dibimbing oleh Sheikh Zaki prestasi pasukan Sarawak jauh lebih teratur dan meyakinkan.
Sarawak dikejutkan dengan perpindahan kapten pasukan iaitu Joseph Kalang Tie ke Terengganu. Dengan mengekalkan ‘core’ player, Sheikh Zaki berjaya dalam misi mengangkat semula confidence level pemain bujang senang.
Untuk season 2010 – Peningkatan ketara dalam jentera serangan dengan 42 gol daripada 22 perlawanan. Dari segi purata adalah 1.9 jaringan gol bagi setiap perlawanan.
Barisan pertahan turut berjaya diperkemaskan dengan diketuai oleh Hairol Mokhtar. Daripada 22 perlawanan hanya dibolosi 34 jaringan gol iaitu 1.5 jaringan gol bolos bagi setiap perlawanan.
Sarawak mengakhiri musim 2010 di tangga ke-6. Prestasi yang boleh dibanggakan jika dibandingkan tempat kedua tercorot pada musim 2009.

Penjaring Terbanyak Musim 2011: Zamri Morshidi (11 Gol)

Zamri Morshidi mengekalkan prestasi sebagai penjaring utama Sarawak

Kedudukan akhir Liga

Per = Perlawanan bermain; M = Menang; S = Seri; K = Kalah; J = Jaring; B = Bolos; BJ = Beza jaringan; Mt = Mata
Ked Pasukan Per M S K J B BJ Mt Kelayakan dan Penyingkiran
1 Felda United (J) 22 15 5 2 48 12 36 50 Layak ke Liga Super Malaysia 2011
2 Sabah 22 15 3 4 42 14 28 48
3 PKNS 22 14 3 5 56 18 38 45
4 ATM 22 11 9 2 49 18 31 42
5 Harimau Muda 22 11 4 7 49 39 10 37
6 Sarawak 22 11 4 7 42 34 8 37
7 PDRM 22 8 4 10 37 41 -4 28
8 Pos Malaysia 22 7 3 12 41 43 -2 24
9 Staf USM 22 6 5 11 28 40 -12 23
10 MP Muar 22 5 3 14 19 68 -48 18
11 Melaka 22 4 3 15 31 68 -37 15 Tersingkir ke Piala FAM 2011
12 Shahzan Muda 22 1 2 19 15 62 -47 5

Skuad Sarawak 2010
Ketua Jurulatih:
Tuan Haji Zaki Sheikh Ahmad

Penjaga Gol:
Mohd Suffian Abdul Rahman
Abdul Ghani Anuar
Habib Mohd Arshad

Pertahanan:
Mohd Fadly Kassim (C)
Mazwandy Zekaria
Shahran Abdul Samad
Mohd Hairol Mokhtar
Firdaus Morshidi
Abdul Aziz Ismail
Morris Jagan

Tengah:
Abang Mohd Zaafari
Mohd Dzulazlan Ibrahim
Sharol Saperi
Mohd Fareez Tukijo
Wong Sai Kong
Rafiz Abu Bakar

Penyerang:
Zamri Morshidi
Azizan Sapperi
Sufrizal Ismail
Azralan Azmi
Effendi Malik
Mohd Hadera Bakri