Analisa prestasi Sarawak pada musim 2011


Peningkatan ketara pasukan Sarawak memberikan hasil. Sarawak berjaya mendapatkan khidmat ketua jurulatih Robert Albert di pertengahan musim liga. Pasukan Sarawak juga berjaya memancing goal-machine Bobby Gonzales untuk saingan kali ini.
Percaturan Sarawak nyata tidak sia-sia apabila Bobby Gonzales muncul sebagai penjaring utama dengan menjaringkan 16 gol pada musim tersebut. Hanya 3 gol dibelakang pemenang kasut emas dari pasukan MP Muar iaitu Mohd Fitri .

Sarawak berjaya layak ke Liga Super setelah menduduki tempat ke-2 dalam Liga Perdana Malaysia musim 2011.

Hasrat Bobby Gonzales untuk dipanggil mewakili skuad kebangsaan tidak kesampaian. Maybe K Rajagopal tak nampak bakat beliau =)
Apabila dilihat prestasi pasukan Sarawak ternyata peningkatan yang sangat luar biasa. Dengan kehadiran Bobby Gonzales bergandingan dengan Zamri Morshidi, rangkaian ini berjaya menghasilkan 51 jaringan gol dari 22 perlawanan.
Secara puratanya 2.3 jaringan gol pada setiap perlawanan.
Barisan pertahanan yang dikekalkan iaitu Mazwandi Zakeria, Dzuladzlan Ibrahim, Hairol Mokhtar & Shahran Samad berjaya menyekat asakan lawan dan hanya dibolosi sebanyak 16 gol! Satu jumlah jaringan yang paling sedikit dalam tempoh 5 tahun!
Inilah tunjang utama kekuatan Sarawak sejak dari zaman Alan Vest. Persefahaman memakan masa yang agak lama. Buktinya agak kukuh skuad veteran Sarawak berjaya melangkah ke final Piala FA.
Ked Pasukan Per M S K GJ GB GD Mata Kelayakan atau penyingkiran
1 PKNS FC (C) (P) 22 18 3 1 51 7 +44 57 Naik ke Liga Super Malaysia 2012
2 Sarawak FA (P) 22 15 3 4 51 16 +35 48
3 PDRM FA 22 12 3 7 36 28 +8 39
4 Johor FA 22 11 3 8 37 25 +12 36
5 Sime Darby FC 22 10 5 7 22 12 +10 35
6 USM FC 22 11 2 9 32 30 +2 35
7 ATM FA 22 9 7 6 26 22 +4 34
8 Muar Municipal Council FC 22 8 4 10 29 42 −13 28
9 Pos Malaysia FC 22 7 6 9 26 36 −10 27
10 Harimau Muda B 22 5 5 12 24 28 −4 20
11 Sinar Dimaja Mai Sarah FC (R) 22 3 2 17 22 63 −41 11 Jatuh ke Liga FAM Malaysia 2012
12 Penang FA (R) 22 1 1 20 14 61 −47 4

Penjaring Terbanyak: Bobby Gonzales (16 Gol)

Kehadiran Bobby Gonzales menambah sengat di jentera serangan
Advertisements