Felda United kenak SaYoT Sarawak


Kuching – Sekali lagi peminat tegar bolasepak Sarawak telah membuktikan bahawa walaupun ada big match EPL antara Man Utd vs Liverpool bertembung pada masa yang sama, 15,000 orang penonton tetap turun menyokong pasukan kesayangan! 
First debut Muratovic beraksi di gelanggang sendiri
Penampilan pertama Muratovic di bahagian serangan amat mengujakan. Tireless run – membuatkan bahagian midfield Sarawak mudah membuat hantaran. As we all know yang tauk basic football, if striker jadi tugu negara – memang payah midfield nak decide where to pass.
Selain itu juga, saya menyangkakan Muratovic hanya mampu membuat rembatan menggunakan kaki kiri tapi beliau juga mempunyai tendangan deras menggunakan kaki kanan. 
Pasukan Sarawak bermula garang dengan serangan bertali arus melalui hantaran pendek satu dua yang kemas serta larian Rasyid Aya di sebelah kanan yang begitu licik memperdaya pertahanan Felda Utd. 
Akan tetapi bak kata Abbas Saad – main kacak ney pun mun sik score sikda ke sine. Akibat kealpaan pemain Sarawak pasukan Felda United telah berjaya menjaringkan gol pada minit ke-40 jaringan Firdaus. The only shot separuh masa pertama dari team Felda. 
Tamat separuh masa pertama Felda leading 1-0.. BBM dari wife madah: Man Utd 0 – 0 Liverpool
Guy Bwele sekali lagi menunjukkan betapa kualiti beliau sebagai pemain tengah upgrade level team Sarawak. Seringkali kelihatan beliau exchange F word dengan pemain Sarawak yang lain. Idar nya molah mistake nya gik kenak sumpah F word sigek team =p
Pada separuh masa kedua, Robert Albert membuat pertukaran dengan memasukkan Asri Chu Chu aka ‘Alexis Sanchez’ gelaran yang diberikan oleh Ultracrocs kepada beliau menggantikan K.Rajan.. 
Tidak sampai seminit separuh masa kedua Sarawak telah berjaya menghasilkan gol. Berpunca daripada kegugupan pertahanan Felda membuat backpass kepada Hamsani keeper clown yang membuat poor clearance. Zamri Morshidi membuat hantaran pendek kepada Muratovic yang melepaskan sepakan deras kaki kanan menewaskan Hamsani! GOALLLLLLL 1-1
GOAAALLL! Muratovic meraikan jaringan bersama GALLORE BUCEROS

Melihatkan pemain Felda semakin hilang arah dan keletihan, Sarawak merancakkan gerakan serangan. Hantaran jauh dari Guy Bwele @ Ibrahim Mentali version Negro kepada both winger iaitu Rasyid Aya dan Asri Chu Chu menyebabkan pemain midfield Felda buntu untuk membuat serangan. Naik nait takut berkepung balit ke debah support defender.

Rasyid Aya, Muratovic & Captain Hairol Mokhtar
Rasyid Aya hampir menjaringkan gol ke-2 Sarawak tetapi tendangan deras kaki kiri beliau terkena tiang gol.  For me Rasyid Aya is unsung hero. Memang sangat-sangat berbahaya dengan turning body serta gelecekan yang mengelirukan.
Salah satu serangan – tandukan Muratovic tepat ke arah Hamsani

Melihatkan pasukan Sarawak memerlukan suntikan di jentera serangan, RA mengeluarkan ZM7 dan memasukkan Supersub Ravi Machha.. Kelihatan ZM7 agak kecewa dikeluarkan tetapi dari sudut taktikal saya bersetuju dengan RA kerana Felda Utd sudah keletihan dan mula berkubu di kawasan sendiri. Sarawak perlu mengubah taktik dengan membanyakkan cross kerana dari sudut fizikal Ravi Machha & Muratovic mempunyai susuk badan yang tinggi dan pantas.
Sikpa ZM7, next game ko score hat-trick.
Gandingan ZM7 dengan Muratovic masih boleh dipolish. Jelas kelihatan lack of communication. My suggestion – sama-sama kitak duak ngail sama. 
Perubahan taktikal juga menyaksikan pertukaran tempat antara Rasyid Aya & Asri Chu Chu – mudah untuk mereka membuat crossing ke gawang gol Felda. 
Akhirnya percaturan RA menjadi. Hasil sepakan percuma pendek yang di ambil oleh Guy Bwele yang menemui Asri Chu Chu beliau membuat larian ke dalam petak penalti dan bermain satu dua dengan Azizan Baba – 1 by 1 dengan Hamsani dengan mudah Asri membuat tendangan kaki kanan untuk GOALLLL ke-2 Sarawak.. GOALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL pada minit ke-84!!

Jaringan pertama Asri Chu Chu pada musim 2012. Watch out for this player Rajagopal & Ong Kim Swee

Dalam masa yang sama check my BBM wife message Rooney score duak igek dalam tempoh 2 minit. GOALLLL lagik sekali!
Ketika permainan berbaki 5 minit, penyokong-penyokong Sarawak dah start membuat Mexican Wave diketuai oleh Gallore Buceros.. Team kompang dudok rilek ajak sepanjang match berlangsung.. Lain feeling dibandingkan orang sokong pakei tiket free dengan bayar dikpun. 

Hingga tamat permainan Sarawak menang 2-1! Sweet win!
Player Felda Utd takut di baling guna botol cepat-cepat masuk ke dressing room!

Sokongan tidak berbelah bahagi dari penyokong setia Sarawak 

 p/s: Bila gik saya tok nak menang cabutan bertuah =p

Credit to : Nizam H Fansuri & Dunia Sukan Online for all great pictures!!